Pages

Rabu, 15 September 2010

SUMBANGAN IKRAM PAHANG KEPADA PENDATANG ROHINGYA


KUANTAN : IKRAM Pahang telah mengorak langkah untuk menempatkannya dalam masyarakat dengan mengadakan ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada Penduduk Rohingya yang tinggal di sekitar Kampung Balok dan Sungai Ular, Kuantan pada 5 September 2010 yang lalu.
IKRAM Pahang menyantuni satu keluarga Rohingya

YDP Kuantan dan akhi Azam bertanya khabar dengan warga Rohingya

Rombongan tersebut diketuai oleh Yang Dipertua IKRAM Pahang. Di antara yang turut serta dalam lawatan tersebut ialah Ketua Wanita IKRAM Pahang, YDP IKRAM Kuantan dan Pekan dan beberapa orang ahli IKRAM Pahang. Satu yang menarik dalam kunjungan ini ialah ianya melibatkan tiga generasi termasuk anak-anak dan cucu-cucu mereka yang bakal menggalas kerja-kerja dakwah dan kebajikan melalui IKRAM.
Wanita IKRAM tidak ketinggalan merasai keperitan warga Rohingya
Sumbangan dihulurkan tanda peduli IKRAM
Dalam ziarah sempena Ramadhan ini, IKRAM Pahang telah dapat menyantuni 7 keluarga Di Balok manakala 12 keluarga lagi untuk Kg Sg Ular. Delegasi IKRAM Pahang dapat bertukar fikiran dan mendapat maklumat lanjut mengenai kehidupan mereka daripada Sultan Omar, wakil penduduk Rohingya.  Mereka merasa amat bersyukur di atas usaha murni IKRAM ini yang telah berkongsi kesusahan dan keperitan mereka lebih-lebih lagi menjelang Syawal.


Kepuasan tergambar di wajah Wanita IKRAM kerana dapat berbakti kepada warga Rohingya
 

1 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum wrt.wbt,

We are RIC alot of thanks to IKRAM pahang.

Catat Ulasan